Salam alaik. Hi there. Jazak'Allah. I'm... somebody maybe. You may call me Mr Diary but I prefer the nickname, Mr D. Anyway, I love pretending to be the nerdy person, feeling like nobody will notice my existance. Only me and Allah.
Rasulullah SAW said, “Do not talk for long without remembering Allah, for talking much without remembering Allah is hardness of the heart. The most distant amongst Men from Allah is one with a hardened heart.
"What should not be heard by little ears should not be spoken by big mouths. Choose your words carefully in front of children."

"Serve Allah, as you would if you could see Him; although you cannot see Him, He can see you."

"2nd week"

· Cadangnya nak ke shopping complex. Teman abi beli tie dengan kemeja baru. Umi cakap ada discount sempena cuti raya cina ni. Ana, abi dengan Masyitah je yang pergi. Umi nak kemas rumah. Hari-hari umi kemas rumah. Hari-hari juga Masyitah selerakkan rumah. Um. Budak empat tahun memang hanya tahu bermain sepanjang hari je ke? Masyitah… Masyitah…
· Ana rasa tak ada mood untuk mentelaah buku. Rasa nak balik rumah sangat dah ni. Teringatkan masakan umi yang... yummy yummy tu. Hahahahah. Manja sungguh! Patutlah ramai yang cakap ana anak umi. Semua benda ana share dengan umi. Hehehe. Umi jantung hati ana. Ana sayang umi sangat-sangat :D
· Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Tension rasanya. Ahad semalam lupa nak buat exercise yang madam bagi. MashaAllah. Ana pun dah lupa mana ana letak kertas tu. Patut submit jumaat lepas tapi ana minta tangguh sebab kertas tertinggal dirumah. Kali ni nak bagi alasan apa lagi? Buntu. Umi, tolong ana carikan kertas tu. Atau mungkin umi terbuang kertas ana..?
· Madam deducted two marks from quiz ana. Rupanya kertas yang madam suruh hantar tu dia jadikan quiz. Astaghfirullah. Kalaulah ana tahu awal-awal dulu, ana dah hantar hari tu juga. Bukan jumaat, bukan isnin. Ya Rabb, kuatkanlah hatiku untuk terus bertahan. Hm. Ya Allah, sakitnya hati ni. Carry mark ana tu…
· Tadi pergi round satu bandar dengan sahabat. SubhanAllah. Cantiknya kereta tu. Kereta idaman abi. Entah bila boleh jadi milik abi. Masyitah asyik merengek nak mainan, abi tak dapat nak kumpul duit banyak sikit. Masyitah spoil. Astaghfirullah. Umi cakap tak baik cakap adik macam tu. Hm. Baik umi, akhi ingat. Masyitah, akhi minta maaf.
· Kelas law di pagi hari memang mengasyikkan. Rasa nak tidur je. Bab teori memang payah nak masuk sikit. Tapi abi pernah cakap, banyakkan baca quran, ingatan jadi kuat. Dan rasanya… mesti ada something wrong bila ana baca quran. Salah tajwid barangkali. Jadi ingatan pun sipi· sipi je.
· Hari ni balik rumah. Setiap sabtu and ahad atau jumaat petang ana akan balik rumah. Ana rindu family. Hehehe. Ana suka makan masakan umi. Umi pandai masak. Umi tahu citarasa kami sekeluarga. Ana suka dengar abi buat lawak. Abi memang awesome. And lastly, ana suka tengok Masyitah membesar depan mata ana. Family menyebabkan ana pasti akan balik every weekend. Ana sayang family ana. Allah, thanks for bring them in my life.
Recent Posts or Older Posts?